KATHMANDU: Bangkai pesawat penerbangan Nepal yang dilaporkan hilang pada pagi Rabu ditemui terbakar dan semua 23 penumpang termasuk tiga anak kapal terkorban, kata Menteri Penerbangan Awam, Ananda Prasad Pokharel. Menurut beliau, perkara itu disahkan pegawai ketenteraan Nepal yang berada di lokasi pesawat berkenaan ditemui di Solighopte di daerah Myagdi. "Pesawat itu telah jatuh dan ditemui hangus. Semua penumpang dan anak kapal terbunuh," kata menteri itu. Sebelum ini dilaporkan sebuah pesawat milik Tara Air yang yang membawa 23 penumpang dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dari Pokhara ke Jomson, Nepal. Pesawat jenis Twin Otter itu dilaporkan berlepas dari Pokhara pada pukul 7.47 pagi Rabu sebelum terputus hubungan dengan menara kawalan 10 minit kemudian.