suria

Al-Quran Ditumbuhi Anggerik

SIMEULUE: Pokok anggerik dengan 11 daun dan lima tunas yang tumbuh pada halaman 406 al-Quran mengejutkan ramai, terutama pemilik kitab suci itu.

Pokok bunga setinggi 10 sentimeter itu tumbuh di ayat lapan hingga 12 surah At Tahrim.

Pasangan suami isteri, Adirmansyah, 34, dan Samsidar, 25, yang menetap di Desa Lasengaluh, Indonesia ini menjadi pemilik kitab yang ditemui di parit berhampiran rumah mereka kira-kira tiga bulan lalu.

Kata Samsidar, al-Quran itu ditemui dalam satu plastik hitam yang terapung di parit berkenaan.

“Saya terkejut apabila mendapati plastik itu mengandungi senaskah al-Quran dan kitab Iqra yang basah sebelum membawa ia pulang ke rumah.

“Sampai di rumah saya mencuci kitab berkenaan sebelum dijemur dan disimpan di satu rak khas,” katanya.

Samsidar berhasrat memberikan kitab berkenaan kepada dua orang anaknya untuk mereka belajar mengaji nanti.

“Bagaimanapun baru-baru ini apabila saya membuka semula kitab al-Quran berkenaan saya terkejut apabila menemui ada pokok tumbuh di dalamnya," katanya.

al-Quran, anggerik, Desa Lasengaluh

Artikel Sebelum

Artikel Lain