Kemalangan itu berlaku lewat malam Ahad di ruang bawah tanah Siam Commercial Bank (SCB), salah sebuah institusi kewangan terbesar di negara ini.
SCB berkata, kontraktor sedang berusaha memperbaiki alat pemadam kebakaran kimia di bangunan itu tetapi melakukan kesilapan tidak sengaja terhadap sistem dan akhirnya melepaskan bahan kimia yang mungkin menyebabkan tahap oksigen merosot.
"Kerja-kerja ini mungkin telah menghidupkan aerosol Pirogen, di mana apabila ia berfungsi, ia akan mengurangkan oksigen, yang boleh menyebabkan kecederaan dan kematian," kata bank itu dalam satu kenyataan.
Pusat perubatan kecemasan Erawan Bangkok berkata, lima orang terbunuh di tempat kejadian manakala tiga meninggal dunia di hospital. Tujuh pekerja cedera dan masih berada di hospital.
Bank itu berkata bangunan itu tidak terjejas dan dibuka seperti biasa.