suria

Wanita Perancis Umur 91 Tahun Terima PhD Selepas Tesis 30 Tahun

Colette Bourlier -fotoFRANCHE COMTE
BESANCON (Perancis): Seorang wanita berusia 91 tahun menjadi salah seorang wanita tertua yang menerima ijazah Doktor Falsafah (PhD) di Perancis selepas menyiapkan tesis yang dimulakan tiga dekad lalu.

Colette Bourlier telah diberi anugerah menandakan 'perbezaan keunggulan' menerusi kerja-kerja beliau yang berjaya dipertahankan di hadapan juri Universiti Franche-Comte di Besancon, timur Perancis, Selasa.

"Ia mengambil sedikit masa untuk ditulis kerana saya berehat sementara," kata Bourlier, menjelaskan tentang tempoh masa luar biasa yang diambil untuk menyiapkan tesisnya.

Tesisnya bertajuk 'Pekerja asing di Besancon pada separuh kedua abad ke-20'.

Ia menceritakan pengalamannya sendiri yang bertugas sebagai guru dalam satu program celik huruf untuk pendatang di bandar timur Perancis itu.

Beliau tertarik melakukan PhD selepas bersara pada tahun 1983.

"Biasanya, di Perancis, PhD ditulis dalam masa tiga tahun, tetapi Bourlier 'sangat jelas bukan pelajar tipikal'," kata profesornya, Serge Ormeaux.

"Dia mungkin satu-satunya orang yang tahu semua aspek secara terperinci, dan yang dapat 'menganyamnya' bersama-sama. Beliau menyokongnya dengan analisis statistik."

PhD, Colette Bourlier

Artikel Lain