Syarikat itu mengumumkan perkara ini dalam mesyuarat pemegang saham pada Rabu, bahawa ia akan menyertai program kebangsaan Amerika Syarikat, Feeding America, untuk membantu mereka yang memerlukan dengan menderma makanannya yang tidak habis dijual tetapi masih boleh dimakan.
Katanya, Starbucks akan menderma makanannya yang 'sedia untuk dimakan itu' dari semua 7,600 cawangannya di Amerika Syarikat dalam tempoh lima tahun akan datang.
"Pada tahun pertama sahaja, Starbucks FoodShare akan dapat menyediakan hampir lima juta makanan kepada individu dan keluarga yang memerlukan makanan berkhasiat," kata syarikat itu.
Cabarannya, katanya, adalah untuk memastikan bahawa salad, sandwich dan makanan sejuk lain masih boleh dimakan dengan selamat walaupun ia melepasi tarikh luput pada label.
Feeding America and Food Donation Connection, merupakan satu lagi kerjasama kumpulan Starbucks yang mana program ini berusaha untuk meyakinkan restoran, kafeteria dan pasar-pasar supaya menderma baki makanan mereka untuk membantu rakyat Amerika yang miskin dan bukannya melihat makanan yang masih elok berakhir di tempat pembuangan sampah.