suria

Lapangan Terbang Brussels Mungkin Dibuka Semula Ahad

BRUSSELS: Lapangan terbang utama Brussels di Belgium mungkin dibuka semula pada Ahad selepas kerajaan dan polis menyelesaikan pertikaian berhubung isu keselamatan berikutan serangan bom pada 22 Mac lalu.

Pihak berkuasa bersetuju untuk mengadakan saringan terhadap semua penumpang.

Lapangan terbang itu tidak mengendalikan penerbangan penumpang sejak dua suspek milian IS melancarkan serangan berani mati. 

Dua serangan berlaku di terminal dan di stesen kereta api bawah tanah di bandar, mengorbankan 35 orang dan mencederakan ramai yang lain.

Bahagian pelepasan lapangan terbang itu musnah akibat letupan bom, tetapi satu zon daftar masuk sementara dibina yang bersedia untuk memulakan operasi penerbangan.

"Kita telah mencapai persetujuan dengan perdana menteri dan menteri dalam negeri," kata Jan Adam pemimpin bagi kesatuan ACV Politie.

"Saya menjangkakan lapangan terbang akan dibuka semula pada Ahad," katanya. - Reuters

Artikel Lain