suria

Pengganas Dikait Serangan Paris, Brussels Rancang Serang London Eye

London Eye. Foto wikipedia

KUMPULAN pengganas yang dikaitkan dengan serangan di Paris dan Brussels mendakwa merancang untuk menjadikan buaian roda gergasi, London Eye sebagai sasaran serangan baharu.

Portal Mail Online melaporkan menurut sumber, United Kingdom (UK) merupakan negara kedua sebagai sasaran pengganas untuk melancarkan serangan.

Sumber itu susulan penahanan empat lelaki dan seorang wanita dari Birmingham, yang didakwa sebagai kumpulan mendalangi serangan di Perancis dan Belgium.

"Rangkaian itu menyasarkan London Eye dan beberapa tempat lain yang dipenuhi orang ramai di UK," kata sumber kepada The Mirror.

"Pegawai Britain menjangkakan satu serangan di UK," katanya.

Penahanan suspek 'lelaki berpakaian putih', Mohamed Abrini, dikatakan sebagai pemain utama dalam serangan Paris dan Brussels. 

Dia ditahan pada minggu lalu dan dikatakan membuat kunjungan ke Birmingham beberapa kali.

Bukti penting yang diperoleh menerusi telefon bimbit Abrini membawa penahanan kepada empat individu di UK.

Tiga lelaki berusia 26, 40 dan 49, manakala seorang wanita berusia 29 tahun, ditahan di Birmingham pada Khamis lalu. - MAIL ONLINE

Artikel Lain