SINGAPURA: Dua kanak-kanak berusia enam tahun yang terlibat dalam insiden 'sentuhan secara tidak sopan' pada 12 April lalu kini sedang menjalani sesi kaunseling bersama pakar psikologi. Sebelum ini, seorang kanak-kanak perempuan mengadu mengenai perbuatan rakannya ketika berada di Pusat Jagaan Kanak-Kanak di PCF Taman Jurong. Pada 12 April lalu, kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di pusat jagaan itu mengadu tentang seorang kanak-kanak lelaki sedarjahnya yang menyentuhnya secara tidak sopan pada waktu rehat (naptime). Berdasarkan kenyataan PCF pada Isnin, pihaknya segera memaklumkan kepada ibu bapa kedua-dua kanak-kanak sebaik sahaja menerima aduan. "Kami amat kesal dengan kejadian itu dan bersimpati sepenuhnya dengan ibu bapa mereka. Keutamaan kami adalah kesejahteraan anak-anak muda kita," katanya. Menurut kenyataan itu lagi, seorang ahli psikologi kanak-kanak dan guru telah ditugaskan untuk memantau kanak-kanak itu dan ibu bapa mereka juga telah bersetuju untuk tidak menghantar mereka ke pusat itu buat sementara waktu. -The Straits Times/Asia News Network