COJIMIES: Ecuador sekali lagi digegarkan gempa kuat berukuran 6.2 pada Skala Ritcher pada Rabu, selang dua hari selepas dilanda gempa kuat Sabtu lalu. Menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik, gempa terbaharu itu berlaku pada pukul 3.33 petang (8.33 pagi waktu tempatan), kira-kira 70 kilometer di bandar Esmeraldas tidak jauh dari lokasi gempa yang berlaku Sabtu lalu. Sementara itu, Institut Geofizikal Ecuador memaklumkan beberapa gempa susulan turut berlaku selepas itu, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan. Pada Sabtu lalu, gempa bumi sekuat 7.8 pada skala Ritcher melanda Ecuador, terkuat dalam tempoh beberapa dekad, mengorbankan 480 orang, manakala lebih 4,600 lagi cedera serta 107 yang lain dilaporkan masih hilang. - Reuters