SEORANG doktor gigi warga Belanda dijatuhi hukuman penjara lapan tahun di Perancis kerana mencederakan mulut kira-kira 120 pesakitnya. Menurut pendakwa raya, Jacobus van Nierop, 51, mengambil kesempatan terhadap pesakitnya sehingga mengakibatkan kecederaan teruk di bahagian mulut. Doktor berkenaan turut dilarang mengamalkan perubatan pergigian dan didenda €10,500 (RM46,659.05). Nevers didakwa menyebabkan kecederaan pesakitnya seperti keretakan pada rahang dan bengkak bernanah. Doktor gigi melakukan perkara itu semasa pesakitnya sedang tidur selepas diberikan dadah. - bbc.com