suria

Nahas Helikopter: CAAP Sahkan Kehilangan Juruterbang

Anggota bomba menjumpai beberapa serpihan helikopter tersebut di Sungai Batang Lupar.

MANILA: Pihak berkuasa Jabatan Penerbangan Filipina (CAAP) pada Sabtu mengesahkan helikopter yang terhempas di Sarawak, Malaysia pada Khamis didaftarkan di Filipina.

CAAP berkata mereka akan menunggu laporan kemalangan udara daripada rakan sejawatannya dari Malaysia.

Lima yang maut terdiri daripada rakyat Malaysia termasuk Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Sundaran Annamalai.

Noriah berada di Betong untuk membantu kempen Barisan Nasional bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Sundaran pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif di Lembaga Pengarah Kumpulan Bank Dunia (WBG), di Amerika Syarikat.

Semasa memegang jawatan tersebut beliau mewakili Brunei, Fiji, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Nepal, Singapura, Thailand, Tonga dan Vietnam.

Setakat Ahad, kesemua mayat lima rakyat Malaysia telah dijumpai.

Hanya mayat juruterbang warga Filipina Rudolf Rex Ragas masih belum ditemui setakat ini.

Turut terkorban dalam nahas itu suami Noriah, Asmuni Abdullah, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang juga Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia dan pengawal peribadi Noriah, Ahmad Sobri Harun.

Helikopter jenis Eurocopter AS350 itu dalam penerbangan dari Betong pada 4.12 petang menghala ke Kuching sebelum nahas itu berlaku.

nahas helikopter, Noriah Kasnon, CAAP

Artikel Lain