Mangsa-mangsa sedang melakukan kerja kimpalan pada kedalaman 15 meter di bawah tanah ketika letupan berlaku, berkemungkinan berpunca daripada tangki oksigen.
Empat pekerja terbunuh, manakala yang lain cedera dengan sebahagian daripada mereka melecur teruk dan dikejarkan ke hospital berdekatan untuk rawatan, jurucakap bomba memberitahu AFP.
Kemalangan itu berlaku kira-kira pukul 7.20 pagi (2220 GMT Selasa) di bandar Namyangju, timur Seoul.
Punca tepat kemalangan itu masih dalam siasatan.