WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama antara pemimpin negara itu yang mengumumkan sokongan kepada calon parti Demokrat, Hillary Clinton menjelang pilihan raya presiden AS, November ini. Obama berkata Hillary adalah pemimpin yang paling layak untuk menyandang jawatan tertinggi di AS itu. “Saya melihat keazaman beliau untuk memberi setiap rakyat Amerika peluang yang saksama walaupun sukar untuk mencapainya. Itulah yang sentiasa menjadi pendorongnya. “Saya tahu bagaimana sukarnya perjalanan ini (sebagai Presiden) dan beliau adalah calon paling layak untuk memimpin AS,” katanya. Obama sempat memberitahu beliau tidak sabar turun berkempen untuk Hillary ketika pilihan raya itu nanti. "Jadi saya mahu anda yang bersama saya sejak daripada mula perjalanan hebat ini untuk menjadi yang pertama tahu bahawa saya bersama beliau. “Saya sudah tidak sabar untuk keluar dan berkempen untuk Hillary," katanya. Obama dan Hillary yang pernah bersaing untuk menjadi calon Demokrat bagi pilihan raya presiden tahun 2008 itu bakal membuat kemunculan bersama di Wisconsin, minggu depan.