TOKYO: Seorang lelaki warga Jepun ditahan kerana menikam bapanya sehingga mati dengan menggunakan penyepit makanan, kata polis.
Suspek, Michikazu Ikeuchi, 51, mengakui menikam bapanya berusia 80 tahun di leher menggunakan sebatang penyepit makanan sepanjang 30 sentimeter pada Rabu malam selepas satu pertengkaran di rumah mereka di Osaka.
"Ikeuchi memberitahu bahawa dia cuba menghentikan ibu bapanya daripada bertengkar dan dia tidak berniat untuk membunuh bapanya," kata seorang anggota polis Osaka pada Khamis.
"Dia dalam keadaan marah ketika itu, kemudiannya menghayunkan penyepit itu di hadapan bapanya sebelum menyedari ia tertikam leher bapanya," ujar polis itu.
Ikeuchi yang tinggal bersama ibu bapa dan keluarga abangnya, menghubungi pasukan kecemasan selepas tertikam bapanya. - AFP