"Terima kasih kepada SQ (Singapore Airlines) dan Lapangan Terbang Changi di atas tindakan yang pantas. SQ dan CAAS (Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura) sedang menyiasat punca kejadian itu," katanya di laman Facebook beliau.
Boeing 777-300ER yang beroperasi dari Singapura ke Milan telah kembali ke Singapura berikutan mesej amaran minyak enjin.
Enjin sebelah kanan pesawat itu terbakar selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Changi kira-kira 6.50 pagi.
Kesemua 222 penumpang dan 19 anak kapal tidak mengalami kecederaan.