Ia disahkan seorang pegawai tentera, yang memberitahu televisyen di India bahawa pasukan keselamatan bagaimanapun masih memburu penyerang di kawasan sekitar.
Leftenan Kolonel Masood daripada Rapid Action Battalion memberitahu saluran Times Now TV di India bahawa beliau percaya antara enam dan 10 lelaki bersenjata telah menyerbu restoran yang terletak di kawasan diplomatik Dhaka pada Jumaat.
Enam daripadanya telah dibunuh oleh pasukan keselamatan dan komando, katanya.
"Kami telah menembak mati enam orang. Kami sedang melakukan carian di kawasan sekitar," kata Masood.
Menurut seorang pegawai, polis Bangladesh telah berjaya menyelamatkan sehingga 10 orang tebusan setelah menggempur bangunan yang dikepung kumpulan lelaki bersenjata terbabit.