suria

Polis Bangladesh Tahan Tiga Suspek Pengebom Berani Mati

Warga Bangladesh menunggu giliran untuk pemeriksaan keselamatan bagi menunaikan solat Aidilfiri di Dhaka pada Khamis. Foto AFP

DHAKA: Polis mendakwa menahan tiga anggota wanita dari kumpulan militan Jama'atul Mujahideen Bangladesh (JMB).

Mereka dikenali sebagai Jannati@Jemy, 18, Sajida Akter, 22, dan Rozina Begum, 30. Rozina ditahan bersama dua anaknya, dan Jannati dengan seorang anak.

Wartawan The Daily Star memetik kenyataan polis.

Menurut pegawai bertugas di Balai Polis Kalihati, Mohammad Akheruzzaman, pasukan polis mengadakan operasi di Jokarchar pada Selasa sebelum menahan ketiga-tiga mereka.

Beliau berkata, pihak polis merampas dua bilah parang, pisau, telefon bimbit yang mengandungi video teknik memenggal dan maklumat mengenai teknik membuat bom.

Ketiga-tiga wanita itu bersama suami masing-masing merupakan anggota skuad berani mati JMB.

Sementara itu, polis memohon mahkamah untuk reman selama tiga hari setiap seorang anggota wanita yang ditahan.

Hakim, Anjan Kanti Das bagaimanapun berkata, satu perintah mengarahkan ketiga-tiga mereka ke penjara. – The Daily Star/Asia News Network


Artikel Lain