Menurut laporan itu, warga Malaysia, Chung, 28, pernah menunggang kuda di Singapore Turf Club (STC) awal tahun ini.
Portal berita itu berkata STC pada Rabu merakamkan ucapan takziah kepada keluarganya yang sedang berkabung atas kematian empat anggota keluarga mereka.
Chung, yang memenangi 30 perlumbaan termasuk Piala Emas Selangor dalam Kumpulan 1 Malaysia tahun lepas, telah berhijrah ke Singapura pada Januari dan mengikat kontrak dengan jurulatih Singapura Leslie Khoo, kata laporan itu.
Selain Chung, tiga anggota keluarganya juga ditembak mati di sebuah kilang pemprosesan ayam di kawasan perindustrian Batu Maung di Pulau Pinang awal pagi Rabu.
Mangsa dikenal pasti sebagai Tan Hock Choon, 50, pasangannya, Tan Saw Sim, 55, dan anak lelaki Chung, berusia dua tahun bernama Ah Bee.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Razaruddin Hussain berkata berdasarkan siasatan awal siasatan, tindakan itu dilakukan oleh saudara terdekat.