suria

Tiga Ditahan Serangan Trak Di Nice

Seorang lelaki yang ditutup kepalanya dengan tuala ditahan polis Perancis, susulan serangan seorang pemandu trak yang merempuh orang ramai pada Hari Bastille di Nice. Foto Reuters

NICE: Tiga yang dikaitkan dengan kumpulan militan IS ditahan polis Perancis berhubung serangan trak di Nice yang mengorbakan sekurang-kurangnya 84 orang.

"Mereka adalah individu yang menjalankan operasi di Nice, Perancis, merupakan salah seorang tentera IS," menurut agensi berita Amaq yang pro-IS, menerusi akaun Telegram.

"Dia menjalankan operasi sebagai tindak balas terhadap hesaan yang menyasarkan rakyat di negara yang menjadi sebahagian daripada gabungan untuk memerangi IS," katanya dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa berkata, mereka sedang meneliti dakwaan mengenai IS bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Seorang warga Tunisia berusia 31 tahun memandu sebuah trak dengan kelajuan tinggi dan merempuh orang ramai yang menyambut Hari Bastille di French Rivera di sini, Jumaat. - Reuters


Artikel Sebelum

Artikel Lain