suria

Serangan Kereta Api: Polis Jerman Tembak Mati Remaja Afghanistan

Lokasi kejadian berhampiran landasan kereta api di Wuerzburg selatan Jerman pada 18 Julai selepas pengganas warga Afghanistan yang menyerang penumpang kereta api dengan kapak ditembak mati. -AFP

BERLIN: Polis Jerman menembak mati remaja lelaki berusia 17 tahun yang dipercayai seorang pengganas Afghanistan selepas dia menyerang penumpang kereta api dengan kapak dan pisau, menyebabkan tiga daripada mereka parah.

Beberapa penumpang lain turut cedera dalam serangan berhampiran bandar selatan Wuerzburg itu.

Polis berkata, remaja itu dibunuh ketika dia cuba melarikan diri.

Menteri Dalam Negeri Bavaria, Joachim Herrmann berkata penyerang merupakan seorang warga Afghanistan berusia 17 tahun yang tinggal berdekatan Ochsenfurt.

"Berkemungkinan ini adalah serangan dari pengganas," kata seorang jurucakap kementerian.

Serangan itu berlaku kira-kira pukul 9.15 malam di bahagian kereta api penumpang dalam perjalanan antara Treuchtlingen dan Wuerzburg di Bavaria.

"Tidak lama selepas tiba di Wuerzburg, seorang lelaki diserang penumpang dengan kapak dan pisau," kata seorang jurucakap polis.

"Tiga orang telah cedera parah manakala beberapa yang lain cedera ringan," katanya.

Menurutnya lagi, penyerang berjaya meninggalkan kereta api sebelum polis yang memburunya menembak mati penyerang berkenaan."

Pada bulan Mei, seorang lelaki berusia 27 tahun dikatakan mengalami masalah mental melakukan serangan yang sama di dalam kereta api di wilayah selatan negara terbabit sehingga menyebabkan seorang maut. -AFP

Joachim Herrmann, Jerman

Artikel Sebelum

Artikel Lain