WASHINGTON: Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Demokrat, Hillary Clinton memilih senator Virginia, Tim Kaine, sebagai calon Naib Presidennya bagi menentang Donolad Trump. Kaine, 58 adalah bekas gabenor yang kemudian dilantik sebagai Senator di Dewan Negara. Berpengalaman dalam hal ehwal luar AS, beliau yang juga seorang peguam itu juga dikatakan terkenal dengan kehebatan berbahasa Sepanyol. Pemilihan Kaine dijangka dapat membantu Hillary untuk mendapatkan sokongan pengundi dikalangan Hispanik dan Virginia. Tiga hari lagi, Demokrat akan mengadakan Konvensyen Nasional di Philadelphia bagi mengesahkan Hillary dan Kaine sebagai calon parti itu untuk pilihan raya presiden AS, November nanti.