TOKYO: Suspek dalam serangan menggunakan pisau di Jepun pada Selasa, dimasukkan ke hospital pada awal tahun ini selepas menyuarakan kesediaannya untuk membunuh orang kurang upaya sekiranya tindakan itu diluluskan kerajaan, kata pegawai bandar. Menurut seorang pegawai dari bandar Sagamihara, polis di bandar Tsukui, dekat Tokyo menghubungi suspek, Satoshi Uematsu. Suspek dia secara sukarela mahu dimasukkan ke hospital pada 19 Februari lalu selepas cuba menghantar suray kepada speaker dewan rakyat di Parlimen Jepun. Uetmatsu memberitahu polis bahawa dia akan membunuh ramai orang kurang upaya sekiranya kerajaan meluluskan tindakan itu, kata seorang pegawai kepada Reuters. Tambah pegawai itu, suspek kemudiannya dibenarkan keluar dari hospital pada 2 Mac selepas doktor mendapati keadaannya bertambah baik. Seramai 19 orang terbunuh selepas ditikam semasa tidur dan sekurang-kurangnya 25 cedera di pusat jagaan orang kurang upaya di Sagamihara pada awal pagi Selasa. - Reuters