BOLIVIA: Lima pelancong dari Belgium, Itali dan Peru maut dalam kemalangan kereta di dataran garam terbesar di dunia Salar de Uyuni, lapor pihak berkuasa pada Ahad. "Sebuah kenderaan syarikat pelancongan terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kereta berkenaan terbalik di dataran garam - lima maut dan tiga lagi cedera," kata Ketua Polis Uyuni, Rodolfo Salazar. Tambahnya, empat mangsa yang terlibat adalah wanita namun identiti mereka belum dikenalpasti. Tiga lagi mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital di Potonsi yang terletak sejauh 200 kilometer dari lokasi kejadian. Salar de Uyuni adalah dataran garam yang terbesar di dunia dan menjadi tarikan utama pelancong yang datang ke Bolivia. -AFP