Dikenali sebagai Super-mura, dia yang telah memenangi enam rekod dunia all-around berturut-turut, telah dipujuk oleh rakan sepasukan untuk memuat turun permainan itu sejurus selepas mendarat di Sao Paulo untuk menjalani latihan menjelang perlawanan, minggu lepas.
Tetapi permainan yang menjadi kegilaan global sejak beberapa minggu lalu ini membuatkan Uchimura terkejut dan bingung apabila melihat bil data roamingnya.
"¥500,000 (RM19,995)," kata Uchimura kepada Kyodo News dengan muka merah tersipu malu.
Bagaimanapun, Uchimura bernasib baik kerana syarikat telefon bimbitnya negaranya bersetuju untuk mengetepikan sebahagian besar daripada kos selepas dia menjelaskan kesilapannya.
Dia akhirnya hanya perlu membayar caj kadar rata sekitar AS$30 (RM121) sehari.