TAIPEI: Empat anggota tentera Taiwan maut apabila kereta kebal yang dinaiki ketika latihan menembak terbabas lalu terhumban ke sungai di selatan negara itu. Dalam kejadian pada Selasa itu, kereta perisai yang membawa lima anggota pasukan keselamatan itu dalam perjalanan pulang ke kem selepas selesai latihan. Menurut jurucakap tentera, Alfonso Yang, kenderaan jenis CM11 tergelincir ketika melalui jambatan sebelum sempat sampai ke kem di selatan daerah Pingtung. “Pemandu kenderaan itu berjaya menyelamatkan diri, bagaimanapun kami masih menyiasat punca kemalangan,” katanya. Insiden berlaku beberapa hari sebelum latihan perang ‘Han Kuang 32’ (Han Glory) - AFP