BANGKOK: Seorang warga Thailand maut dan 30 lagi cedera dalam kejadian dua letupan bom pada lewat Selasa dekat sebuah hotel di Pattani, selatan negara itu. Menurut Polis, Leftenan Kolonel Winyu Tiamraj memberitahu Reuters pada Rabu bahawa letupan pertama berlaku di sebuah tempat letak kereta di belakang Hotel Southern tanpa sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. "Letupan kedua berlaku dari sebuah trak yang diletakkan di hadapan hotel berkenaan, bertentangan dengan bar karaoke dan rumah urut. "Insiden itu mengakibatkan seorang maut dan 30 orang cedera," katanya. Letupan berlaku kurang dari dua minggu selepas beberapa siri letupan melanda di tiga destinasi pelancongan popular Thailand dan sebuah bandar di selatan negara itu, mengorbankan empat orang dan mencederakan berpuluh yang lain. - Reuters