suria

Budak Bertubuh Besar Main Rabgi Cetus Perdebatan

SYDNEY: Kelebihan bertubuh besar yang dimiliki oleh seorang budak lelaki berusia sembilan tahun ketika menyertai pertandingan ragbi di Asutralia baru-baru ini, ternyata mengundang kemarahan segelintir ibu bapa yang hanya mampu melihat anak mereka dirempuh dengan mudah oleh kanak-kanak terbabit.

Meaalofa Rayson Teo yang berasal dari Dandenong, Victoria, menjadi perhatian umum apabila aksinya membantu pasukannya menjuarai pertandingan ragbi bawah sembilan tahun di Canberra pada hujung minggu lalu, turut dirakamkan dan dimuatnaik dalam laman perkongsian video YouTube dan Facebook.

Menerusi video amatur itu, Rayson tidak berdepan masalah untuk melakukan "touchdown" kerana saiz dan kekuatan badannya sukar ditandingi oleh pemain lain yang lebih kecil.

Malah dalam satu perlawanan, budak tersebut menjatuhkan lima pemain lawan secara berturut-turut sebelum melakukan "touchdown".

Bagaimanapun, aksi Rayson itu mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan pengguna laman sosial yang mempertikaikan kelayakan Rayson untuk bermain liga tersebut kerana memiliki tubuh yang lebih besar berbanding kanak-kanak lain.

Malah ada yang mencadangkan agar sukan ragbi dalam kalangan kanak-kanak perlu diasingkan mengikut berat pemain bagi memastikan semangat kesukanan dikekalkan.

"Perlawanan ini tidak adil. Kanak-kanak yang menyertai kejohanan itu tidak akan belajar apa-apa selain terpaksa melepasi budak bersaiz besar itu," kata seorang pengguna laman sosial yang tidak didedahkan identitinya.

Bagaimanapun, bapa Rayson, Karene Te'o tampil untuk mempertahankan anaknya dengan menyifatkan corak permainan agresif budak tersebut tidak menggambarkan sifat peribadinya.

"Rayson merupakan pemain yang baik dan agresif tetapi berhati baik.

"Dia merupakan seorang budak yang sentiasa bersikap merendah diri," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain