BUENOS AIRES: Penduduk kampung di Argentina, digemparkan dengan penemuan seketul meteorit besar pada awal minggu ini, dipercayai kedua terbesar yang pernah dijumpai. Menurut portal Mail Online, meteorit yang ditemukan pada 10 September di kampung kecil Gancedo itu mempunyai berat kira-kira 30 tan. Presiden Persatuan Astronomi Chaco, Mario Vesconi berkata, pihaknya terkejut dengan berat batu meteorit tersebut yang mencecah 30 tan atau 27,215 kilogram. "Meteorit itu dipercayai jatuh ke bumi kira-kira 4,000 tahun lalu ketika dunia dilanda hujan meteor," katanya. Batu angkasa itu merupakan serpihan asteroid yang dianggarkan seberat 800 tan yang terletak di antara Lingkaran Utama Asteroid antara planet Marikh dan Jupiter. Asteroid terbabit berpecah menjadi ketulan meteorit meliputi kawasan seluas 320 kilometer persegi. Ketulan meteorit terbesar yang pernah ditemukan mempunyai berat 66 tan di Namibia oleh seorang petani pada tahun 1920. Berita asal: http://www.dailymail.co.uk/sciencetech/article-3787510/Giant-30-tonne-meteorite-discovered-Argentina-second-heaviest-found.html