suria

Pelancong Panik Lihat Pekerja Hotel Bawa 'Raifal'

SELEPAS insiden serangan Isis di Eropah sebelum ini, perasaan panik masih menyelebungi pelancong apabila melihat seorang pekerja di resort di Fuerteventura, Sepanyol membawa senapang mengelilingi kawasan kolam renang tersebut.

Paparan skrin video merakam wanita itu sedang berjalan sekitar kompleks Oasis Village dan mengacukan senapang kepada pelancong yang sedang berjemur, dan juga kanak-kanak yang sedang bermain di kolam renang.

Walaupun kehadiran wanita itu tidak disedari oleh beberapa pelancong, tetapi ada juga yang memberikan reaksi tertentu apabila ternampak kejadian seperti itu.

Menurut wanita yang hanya dikenali sebagai Marilyn berkata, terdapat seorang wanita mengambil barang dan terus berlari ke meja penyambut tetamu, beberapa orang menyorok di belakang dinding dan lima orang lelaki berlari ke kawasan bar untuk menyelamatkan diri.

Tindakan wanita tersebut dianggap tidak bertanggungjawab, lagi-lagi kejadian Isis yang mengancam keselamatan orang ramai ketika sedang bercuti pada tahun lalu.

Isis mengumumkan pada awal tahun ini bahawa mereka merancang untuk memporak-perandakan keadaan dan sasaran utamanya adalah pelancong melalui penyamaran sebagai penjual aiskrim dan baju.


Isis, Eropah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain