suria

Badan Ditembusi Buluh, Pemandu Bas Nyaris Maut

Lakshmi Kanta Bhunia bernasib baik kerana tusukan buluh yang menembusi badannya tidak terkena organ penting. - AGENSI

NEW DELHI: Seorang pemandu bas nyaris maut selepas sebatang buluh tertusuk menembusi badannya apabila terlibat dalam satu kemalangan di timur India, baru-baru ini.

Menurut portal Mail Online, mangsa dikenali sebagai Lakshmi Kanta Bhunia, 50, sedang memandu ketika bas yang dibawanya bertembung dengan sebuah trak yang sarat dengan muatan buluh di Digha dekat Bengal Barat.

Akibat pelanggaran yang kuat itu, sebatang buluh tertusuk bahagian kiri atas dadanya dan menembusi bahagian belakang badan.

Bagaimanapun Bhunia bernasib baik kerana tusukan buluh itu tidak mengenai sebarang organ penting termasuk jantung dan dia terpaksa menjalani pembedahan selama 12 jam untuk mengeluarkan buluh tersebut.

Sepasukan 12 anggota perubatan termasuk pakar bedah, jururawat dan paramedik ditugaskan untuk mengeluarkan buluh itu yang nyaris terkena organ penting dengan jarak beberapa milimiter sahaja.

Malah Bhunia berada dalam keadaan sedar ketika operasi pembedahan itu dilaksanakan.

Pakar perubahan Institut Kajian Pendidikan Perubatan Kolkata, Dr. Prakash Sanki yang terlibat dalam pembedahan itu berkata, cabaran yang dihadapi pihaknya adalah pesakit tidak boleh berbaring ketika pembedahan dilaksanakan.

"Kami menggunakan kerusi khas bagi memboleh operasi itu dilakukan dalam keadaan pesakit sedang duduk.

"Mujur buluh itu tidak terkena jantung atau paru-paru pesakit dan kini dia sedang berada dalam proses pemulihan," katanya.

Kemalangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain