DENPASAR (Indonesia): Pihak berkuasa Indonesia di Bali pada Khamis menahan sebuah kapal dari Malaysia, yang membawa kira-kira 30 tan baja yang mana polis percaya ia mungkin dijadikan sebagai bahan untuk membuat bom. Pasukan polis dan kastam menyoal siasat kru dan memeriksa bahan yang dikaitkan dengan rangkaian radikal berikutan negara itu menjadi sasaran bagi serangan militan. Pegawai polis Bali, Hendra Suhartiyono berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada bahan tersebut dibawa ke pulau di timur Sulawesi, sebuah kawasan yang terkenal dengan keganasan militan. "Kita tidak akan membiarkan mengenai kemungkinan bahawa bahan kimia ini... yang juga boleh dijadikan buat kumpulan pengganas di Sulawesi untuk membuat bom," katanya. "Pada masa ini, kru sedang disiasat dengan teliti mengenai bahan letupan daripada baja ammonium nitrat yang dibawa mereka, melalui kapal dari Malaysia," kata pegawai kastam Bali, Thomas Aquino. "Mereka mengaku bahawa bot disewa untuk dihantar ke Sulawesi. Mereka fikir bahan di dalam guni adalah baja. Kita akan menahan kru kapal untuk tindakan undang-undang." Indonesia menyaksikan serangan militan pertama selepas beberapa tahun, pada Januari lalu dengan empat orang terbunuh. Serangan yang didakwa dilakukan militan IS di Jakarta. Bulan lalu, pihak berkuasa memperketatkan keselamatan di Bali selepas laporan mengenai rancangan serangan yang disyaki dilakukan militan di pulau itu. Insiden pengeboman di kelab malam di Bali pada 2022 yang dilakukan oleh militan tempatan mengakibatkan 202 orang maut. - Reuters