ALEPPO: Rakaman amatur yang menunjukkan seorang bayi lelaki diselamatkan dari celahan runtuhan bangunan membayangi kedahsyatan serangan udara secara-besaran tentera Syria sejak Jumaat malam. Video selama 56 saat itu menunjukkan pasukan penyelamat yang dibantu orang awam, menggali serpihan bangunan untuk mengeluarkan mangsa yang tertimbus separuh badan. Bayi lelaki berkenaan kelihatan seperti tidak sedarkan diri ketika diselamatkan. Bagaimanapun tahap kecederaan bayi tersebut tidak dapat dipastikan. Terdahulu, sekurang-kurangnya 90 orang dilaporkan maut dalam serangan berdarah di bandar yang terletak di utara Syria itu susulan operas ketenteraan besar-besaran tentera kerajaan untuk menawan semula kawasan terbabit.