suria

Banduan Venezuela Menunggu Ajal Akibat Kebuluran

CARACAS: Krisis ekonomi yang melanda Venezuela menjejaskan setiap lapisan masyarakat di negara itu termasuk golongan banduan yang diambang maut akibat kebuluran dan kekurangan bekalan ubatan.

Menurut laporan Mail Online, satu rakaman video yang diseludup keluar dari penjara di Venezuela, menunjukkan kesengsaraan ratusan banduan yang terpaksa menahan lapar serta tidak dirawat dengan baik.

Malah ketika kerajaan berhempas-pulas memulihkan ekonomi negara, sejumlah banduan yang kelaparan dilihat berbaris dan merayu agar masyarakat dunia menghulurkan bantuan.

Rakaman itu dipercayai diambil oleh seorang banduan dikenali sebagai Franklin Paul Hernandez Quezad.

Malah seorang banduan berkata, dia terlalu lemah untuk bergerak dan terpaksa diangkat oleh tahanan lain yang meletakkan di atas kerusi.


Keadaan fizikal kesemua banduan tersebut juga sangat menyedihkan dengan bentuk badan yang terlalu kurus kerana tidak mendapat makanan yang mencukupi.

Dilaporkan, ada beberapa banduan meninggal dunia akibat kebuluran atau tidak dirawat.

"Atas sifat kemanusiaan, kami perlu diberi peluang kedua.

"Kami tidak mahu mati di sini, bantulah kami. Kami tidak mahu mati," kata seorang bantuan yang merayu bantuan perubatan dan makanan diberikan.

Media tempatan mendakwa, polis Venezuela menyekat penghantaran makanan, bekalan ubatan dan air ke penjara, sekali gus mengundang kemarahan ahli keluarga banduan yang mahu pihak berkuasa campur tangan dalam hal tersebut.

Banduan, Venezuela

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan