NEW YORK: Sepasang kembar siam di Amerika Syarikat akan menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk memisahkan bahagian kepala yang bercantum. Pembedahan tersebut akan dilaksanakan ke atas Anias dan Jadon McDonald yang dilahirkan pada September tahun lalu di Chicago dekat Illinois. Walaupun ibu bapa mereka, Nicole dan Christian menegaskan anak kembar mereka itu sihat dan sempurna, tetapi doktor menasihatkan agar pembedahan dilakukan bagi membolehkan dua kanak-kanak terbabit menjalani kehidupan secara normal. Mereka akan dibedah di Hospital Montefiore di Bronx, New York, satu daripada pusat pakar bedah paling berjaya di dunia. Nicole dan Christian (baju putih) melihat anak kembar mereka sebelum pembedahkan dilakukan. - AGENSI Kos pembedahan tersebut bernilai kira-kira AS$2.5 juta (RM10 juta) dan operasi itu bermula pada pagi Khamis serta dijangka memakan masa sehingga 20 jam atau lebih. Kos tersebut ditampung menerusi polisi insurans yang dimiliki oleh keluarga terbabit. "Seboleh-bolehnya saya mahu mereka kekal seperti ini," kata ibu kembar siam itu, Nicole yang mengakui sudah biasa melihat kepala anaknya itu bercantum. Namun wanita berusia 31 tahun itu turut melahirkan rasa bimbang jika pembedahan tersebut gagal. "Sukar untuk menghadapi situasi ini," katanya. Sumber berita: http://www.dailymail.co.uk/health/article-3836627/One-2-5-million-Rare-twin-boys-conjoined-HEAD-undergo-incredibly-delicate-operation-separated.html