CHICAGO: Sepasang kembar siam di Amerika Syarikat (AS) selamat menjalani pembedahan selama lebih 20 jam memisahkan kepala yang bercantum pada Jumaat. Anias dan Jadon Mcdonald, 13 bulan, menjalani pembedahan tersebut di Hospital Montefiore dekat Bronx, Chicago sejak Khamis. Menurut pakar bedah mengetuai operasi pembedahan itu, Dr. James Goodrich berkata, keputusan yang dicapai setakat ini sangat mengagumkan apabila pasangan kembar itu dipisahkan. Namun Goodrich mengakui ketika pembedahan itu dilakukan, beliau mempertimbangkan untuk menghentikan prosedur selepas mendapat banyak tisu yang dikongsi oleh pasangan kembar itu walaupun pihaknya menggunakan teknologi tiga dimensi (3D) sebagai persediaan. Jelasnya, setiap kali tisu yang bercantum dipotong, kadar degupan jantung dan tekanan darah Anias mula menurun. "Tetapi saya berjaya memastikan tiada perkara buruk berlaku. "Jadon terlebih dahulu keluar dari wad kira-kira pukul 7 pagi manakala Anias kekal dalam bilik pembedahan sehingga pukul 1 petang," katanya. Sumber berita: http://www.dailymail.co.uk/health/article-3838409/Out-surgery-Twin-boys-conjoined-head-finally-separate-20-hour-op-veteran-surgeon-stopped-half-way-through.html