BANGKOK: Putera Mahkota Thailand, Maha Vajiralongkorn dilaporkan mahu menangguhkan pertabalannya sebagai raja bagi tempoh sekurang-kurangnya selama setahun. Perkara itu dimaklumkan oleh Perdana Menteri Jeneral Prayuth Chan Ocha menerusi ucapan yang disiarkan oleh stesen televisyen tempatan baru-baru ini. Prayuth dalam ucapannya memberi jaminan kepada rakyat Thai bahawa pertabalan Vajiralongkorn tetap akan diadakan dan mereka tidak perlu bimbang. "Putera Mahkota berkata bahawa pada waktu ini semua orang masih bersedih, begitu juga denganya. "Jadi setiap pihak perlu menunggu sehingga tempoh bersedih ini selesai," katanya seperti dilaporkan BBC. Vajiralongkorn menaiki takhta sebagai Raja Thailand selepas kemangkatan bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej pada Khamis lalu tetapi putera sulung itu meminta lebih masa sebelum memikul tanggungjawab tersebut. Buat masa ini, bekas Perdana Menteri, Prem Tinsulanonda menggalas tugas tersebut buat sementara sebagai pemangku raja.