suria

Banduan Letupkan Bom Cuba Lari Dari Penjara Aceh

Gambar sekadar hiasan.

JAKARTA: Dua banduan di Penjara Lhokseumawe, Aceh parah akibat terkena letupan bom buatan sendiri ketika cuba melarikan diri dari penjara itu petang tadi.

Media dalam talian memetik Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat Polis Daerah Aceh, Goenawan, sebagai berkata bahawa kedua-dua banduan itu memasang bom buatan sendiri di tembok penjara untuk memecahkannya bagi membolehkan mereka melarikan diri.

Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, letupan terbabit hanya memecahkan sedikit sahaja bahagian tembok tetapi mereka parah terkena serpihan bom.

"Seorang banduan bernama Fauzi meletakkan bom ditembok yang mempunyai lubang saliran air dengan tujuan membesarkan lubang itu untuk melarikan diri tetapi sebaliknya dia terkena serpihan letupan menyebabkan tangannya hampir putus,"kata Goenawan.

Seorang lagi banduan dikenali sebagai Tarmizi pula parah pada bahagian badannya akibat terkena serpuhan bom.  

Mereka dihantar ke Hospital Kresrem di Lhokseumawe untuk rawatan.  Siasatan awal mendapati mereka membuat dua butir bom dengan menggunakan pemicu sumbu dan polis menemui sebutir lagi bom, yang belum meledak, dipasang di tembok penjara berkenaan. -Bernama

Banduan, letup bom di penjara, Aceh

Artikel Lain