suria

Pedofilia: Lelaki Australia Dipenjara 15 Tahun Di Indonesia

Ellis dibawa ke penjara sebaik Mahkamah Tinggi Indonesia menjatuhi hukuman 15 tahun ke atasnya.

DENPASAR: Mahkamah tinggi Indonesia menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun ke atas lelaki Australia, yang mengeksploitasi beberapa gadis secara seksual di pulau peranginan Bali.

Selama dua tahun, Robert Andrew Fiddes Ellis, 70, telah  mencabul kehormatan 11 gadis, berusia antara tujuh hingga 17 tahun, sebelum ditahan awal tahun ini.

“Kejadian ini memberi impak besar terhadap perkembangan psikologi mangsa,” kata hakim, Wayan Sukanila.

Tambahnya, Ellis dikehendaki menjalani hukuman penjara selama 15 tahun dan membayar denda sebanyak Rp2 bilion  (AS$154,000).

Peguam Ellis, Yanuar Nahak berkata, anak guamnya akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman yang diterima.

“Kami akan membuat rayuan kerana menganggap keputusan hakim tidak begitu relevan,” katanya.

Berikutan kes pedofilia yang berlaku sebelum ini yang melibatkan beberapa wargan Australia, kedua negara menjalin kerjasama bagi menghalang pesalah jenayah seksual kanak-kanak daripada memasuki Indonesia.

Data rasmi Lentera Sintas Indonesia, menunjukkan peningkatan dalam penderaan seksual di Indonesia, di mana lebih 90 peratus kes rogol tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa. - Reuters

 
pedofilia, Australia, Indonesia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain