suria

Delta Perkenal Ciri Pemetaan Baharu Kesan Bagasi

DELTA Air Lines telah melancarkan satu ciri baharu yang membolehkan penumpangnya mengesan bagasi dengan menggunakan paparan peta.

Ini bermakna, apabila pelanggan mahu melihat lokasi beg mereka pada peta, paparan itu akan mula menunjukkan peta Amerika Syarikat (AS) yang di'zoom', sekali gus membolehkan bagasi dikesan dari sebuah lapangan terbang ke lapangan terbang lain.

Peta ini secara automatik akan membawa pengguna ke lapangan terbang.

Pengguna boleh menjejaki beg mereka sepanjang perjalanannya melalui penggunaan pin, dengan lokasi terakhir dapat diketahui melalui ikon bagasi.



Dengan menekan pin atau ikon, ia juga akan memberikan maklumat teks tambahan mengenai lokasi beg.

Notifikasi akan diselaraskan dengan aplikasi itu pada akhir tahun ini dan menawarkan maklumat terkini kepada pelanggan Delta mengenai bagasi berdaftar mereka.

Ia adalah teknologi pengesanan beg terkini yang akan dilancarkan oleh syarikat penerbangan AS ini.

Pada awal tahun ini, Delta juga memperkenalkan tag bagasi Radio Frequency Identification (RFID) yang membolehkan pelanggan mengesan di mana bagasi mereka pada masa nyata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain