suria

Gambar Disneyland Park Paling Banyak Dikongsi Dalam Instagram

Gambar Disneyland Park di California paling banyak dimuatnaik dalam laman Instagram. - AGENSI

NEW YORK: Gambar taman tema terkemuka Disneyland Park di California, Amerika Syarikat (AS) menjadi taman hiburan paling banyak dikongsikan dalam laman perkongsian gambar dan video Instagram.

Berdasarkan kajian City Base Apartments, lebih 12 juta gambar taman tema itu dikongsikan dalam Instagram dan menjadi tempat paling menarik perhatian pelancong.

Disneyland memiliki keistimewaan tersendiri yang membuatkan pengunjung berkongsi dan memuat naik gambar dan video di ruangan media sosial tersebut.

Tidak kurang daripada empat taman tema berdasarkan dunia fantasi, Mickey and friends, terletak di beberapa lokasi secara global dan menjadi bualan hangat pelancong dari seluruh dunia di dalam Instagram.

Sebanyak 12,224,249 gambar dan video Istana Cinderella dan tarikan lain di taman tema California itu telah dimuatnaik dalam Instagram manakala Disney World Resort di Florida berada di kedudukan kedua dengan 4,703,248 paparan yang dimuatnaik.

Tokyo Disney Resort di tempat ke-10 apabila taman itu menjadi sebutan dalam 1,519,337 paparan manakala Disneyland Paris meraih 1,051,331 paparan untuk menduduki tempat ke-18.

Impian Rakyat Amerika Di Instagram

Selain dunia magis Disney, Central Park di New York merupakan tarikan utama dalam Instagram yang secara tidak langsung mendedahkan impian rakyat Amerika.

Kawasan itu menjadi tarikan penting buat pengunjung untuk mengambil gambar dan memaparkannya dalam laman Instagram dengan 3,916,583 paparan.

Media sosial memberi peluang untuk merakamkan pelbagai pemandangan, tarikan dan monumen yang menarik perhatian pelancong di USA.

Universal Studio Florida di tempat kelima apabila gambar dan video tempat itu dipaparkan sebanyak 2,623,618 kali, diikuti dengan Times Square, New York (2,062,631) untuk berada  di tempat keenam.

Selain itu, antara gambar tempat menarik yang menjadi perkongsian dalam Instagram termasuk Grand Canyon (1,607,693), Golden Gate Bridge (1,325,078), Empire State Building (1,312,103) dan Brooklyn Bridge (1,263,411).

Gambar di Paris dan London juga berada dalam senarai 20 kawasan paling menjadi tumpuan pelancong untuk bergambar selepas kajian mendapati gambar Eiffel Tower dimuatnaik sebanyak 2,866.957 kali.

Gambar beberapa monumen menari di Paris seperti Louvre (1,368,782) dan Notre-Dame cathedral (1,099,986) turut menjadi tersenarai.

Di Britain, menara Big Ben paling mencuri tumpuan pelancong apabila gambar kawasan itu dikongsi sebanyak 2,028,516 kali disusuli London Eye (1,625,084), Hyde Park (1,106,397) dan Tower Bridge (1,368,792).

Bandar Vatican yang terletak di Itali juga menjadi tarikan di Instragram, apabila gambar kawasan itu dimuatnaik sebanyak 942,907 kali untuk meraih tempat ke-20.


20 gambar tempat tumpuan pelancong paling banyak dikongsi dalam Instagram.

1. Disneyland, California, AS

2. Walt Disney World Resort, Orlando, Florida, AS

3. Central Park, New York, AS

4. Eiffel Tower, Paris, Perancis

5. Universal Studios, Florida, AS

6. Times Square, New York, Britain

7. Big Ben, London, Britain

8. London Eye, London, Britain

9. Grand Canyon, Arizona, AS

10. Tokyo Disney Resort, Tokyo, Jepun

11. Louvre, Paris, Perancis

12. Golden Gate Bridge, San Francisco, AS

13. Empire State Building, Manhattan, New York, AS

14. Brooklyn Bridge, New York, AS

15. Burjkhalifa, Dubai, Emiriyah Arab Bersatu

16. Hyde Park, London, Britain

17. Notre Dame de Paris, Paris, Perancis

18. Disneyland Paris, Paris, Perancis

19. Tower Bridge, London, Britain

20. Vatican

Disney, Instagram

Artikel Sebelum

Bangkai Pesawat Caribou Ditemui

Artikel Berikut

Artikel Lain