suria

Wanita Menyesal Habiskan Duit Tiru Kim Kardashian

Claire menghabiskan duit RM94,000 demi kelihatan seperti Kim Kardashian. - Ihsan Mirror

SEORANG wanita yang sanggup menghabiskan wang sebanyak 18,000 pound (RM94,000) semata-mata mahu kelihatan sama seperti bintang realiti televisyen, Kim Kardashian, kini mula menyesali tindakannya itu.

Claire Leeson mengakui dia sudah letih dan bosan dikaitkan dengan Kim dan kini terdesak untuk "berpisah" dengan bintang realiti itu.

Menurut wanita berusia 27 tahun itu, dia mula mengikut persamaan Kim dengan dengan meniru rambut serta solekan seperti selebriti tersebut sejak 2007.

Ketika itu, dia baru berusia 18 tahun tetapi sanggup menghabiskan duit untuk pembedahan payudara selain memakai pakaian yang digunakan oleh Kim.

"Saya sudah bosan serta letih kerana sering dibandingkan dengan Kim Kardashian. Saya mahu menjadi diri sendiri.

"Tindakan saya ini merosakkan hidup sendiri dan saya menyesal kerana mahu kelihatan sepertinya," kata Claire.


Kim Kardashian

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain