suria

Thailand Umum Skim Pinjaman Baharu Simpan Beras

BANGKOK: Jawatankuasa beras Thailand mengumumkan skim pinjaman baharu bagi penyimpanan beras putih dan beras wangi Panthum Thani untuk membantu petani yang sedang bergelut dengan kejatuhan harga makanan asas itu.

Petani akan menerima 15,000 baht ($428.33) setiap tan bagi penyimpanan beras putih, manakala bagi beras wangi Panthum Thai pula akan menerima 11,300 baht ($322.67) setiap tan.

Namun, pihak jawatankuasa tidak mengumumkan keseluruhan bajet bagi skim terbaharu ini.

Perniagaan yang dikuasai politik Thailand ini menjadi medan pertempuran junta dan pihak pembangkang, yang mencuba menarik kembali sokongan kerana bimbang tentang pilihan raya tahun 2017.- Reuters

Thailand, beras, Panthum Thani

Artikel Lain