suria

Pesawat Dilencong Ke UK Kerana Tandas 'Tersumbat'

Gambar hiasan. Foto EPA

SATU penerbangan tertangguh selama lima jam selepas ia terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang Manchester selepas kesemua tandas 'tersumbat'.

Penerbangan dari Toronto ke Pakistan itu tidak mempunyai pilihan lain selepas mendarat di United Kingdom apabila 'seseorang' bertindak membuang sesuatu yang pejal di dalam salah satu tandas.

Tindakan itu mengakibatkan kesemua tandas dalam pesawat yang dikendalikan Pakistan International Airlines (PIA) mengalami masalah.

Pengerusi PIA, Muhammad Azam Saigol dalam satu kenyataan berkata: "Saya berpendapat bahawa penumpang perlu mematuhi dan berhati-hati membaca tanda amaran di dalam tandas.

Ketika kejadian berlaku, pesawat Boeing 777-200 yang berlepas dari Toronto menuju ke Lahore di Pakistan, berada di Lautan Utara, dekat Manchester. - Mail Online

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain