WELLINGTON: Menteri Kewangan New Zealand, Bill English berkata pada Selasa bahawa beliau akan menawarkan diri sebagai calon untuk menggantikan bekas Perdana Menteri, John Key. Key, yang membuat pengumuman mengejut bagi melepaskan jawatan pada Isnin berkata, beliau mahu menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga. English, yang dianggap peneraju bagi mengambil jawatan itu berkata kepada pemberita selepas mesyuarat kaukus di Parlimen bahawa beliau mempunyai "banyak tanda-tanda sokongan kuat."