suria

Tentera Laut Rusia, Britain 'Bersemuka' Di Selat Inggeris

Kapal perang Britain, HMS Sutherland (bawah) memantau pergerakan kapal perang berkuasa nuklear Rusia, Vice Presiden Kulokov pada 3 Disember 2016. - Ihsan Royal Navy

LONDON: Tentera laut Rusia dan Britain 'bersemuka' buat kali pertama sejak ketegangan antara kedua-dua negara itu semakin memuncak.

Dalam kejadian pada Sabtu lalu, kapal perang berkuasa nuklear Vice Admiral Kulakov berselisih dengan kapal frigat tentera laut Britain, HMS Sutherland di sempadan Selat Inggeris.

Tentera laut Britain bagaimanapun sekadar memantau pergerakan kapal Rusia kelas Udaloy itu menggunakan binokular dan tiada insiden yang tidak diingini berlaku.

Kapal HMS Sutherland dikerah mengesan haluan dan kelajuan kapal Rusia terbabit menggunakan radar.

Kapal Vice Admiral Kulakov baru-baru ini berada di kawasan perairan Mediterranean Timur dan dalam perjalanan pulang ke Rusia sambil diiringi beberapa kapal perang Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato).

Pegawai perintah HMS Sutherland, Komander Trish Kohn berkata, pelayaran kapal Rusia itu dipantau secara berterusan dengan kerjasama Nato.

"Proses pelayaran kapal perang Rusia dari Laut Mediterranean menggunakan laluan yang sama bukan perkara baharu.

"Tetapi Tentera Laut Diraja Britain sentiasa bersedia melindungi wilayah perairan kami," katanya.


Britain, Rusia

Artikel Lain