suria

MH370: Tiada Pelan Luaskan Kawasan Pencarian

GAMBAR FAIL

SYDNEY: Kerajaan Australia tidak merancang untuk meluaskan zon pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang pada Mac 2014 walaupun pasukan penyiasat mencadangkan untuk berbuat demikian.

Jurucakap Kementerian Pengangkutan dan Infrastruktur Australia, Kerri Griffiths berkata, laporan penyiasat yang disiarkan pada Selasa tidak memiliki bukti baharu yang mencukupi untuk melanjutkan tempoh atau meluaskan kawasan pencarian.

Misi pencarian yang dilaksanakan di Lautan Hindi ketika ini dijangka tamat pada Januari depan.

Pesawat MH370 hiilang pada 8 Mac 2014 bersama 239 penumpang dan anak kapal ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Terdahulu, pasukan penyiasat yang diketuai oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) mencadangkan agar keluasan kawasan pencarian ditambah sebanyak 25,000 kiometer persegi.

Misi pencarian setakat ini meliputi kawasan seluas 120,000 persegi tetapi tiada sebarang petunjuk baharu diperolehi untuk menyelesaikan misi kehilangan pesawat tersebut.

ATSB dalam laporannya berkata, cadangan untuk meluaskan kawasan pencarian dibuat berdasarkan mesyuarat bersama pakar insiden udara, pakar penerbangan dan wakil kerajaan dari Malaysia, China dan Australia pada November lalu.

"Terdapat kemungkinan besar pesawat MH370 tidak berada di kawasan pencarian yang telah dikenalpasti setakat ini.

"Dengan mengenepikan kawasan tersebut, pakar mengenalpasti kawasan seluas 25,000 kilometer persegi yang berkemungkinan tinggi menjadi lokasi bangkai pesawat itu berada," jelas ATSB.

Kawasan baharu tersebut berada di utara di zon pencarian yang masih berjalan dan telah menelan kos sebanyak AS$145 juta (RM648 juta). - REUTERS

MH370, ATSB

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain