suria

Perampas Pesawat Afriqiyah Airways Serah Diri

VALLETTA, Malta: Perampas pesawat Libya, Afriqiyah Airways akhirnya telah menyerah diri, demikian menurut Perdana Menteri Malta, Joseph Muscat.

Muscat berkata perampas telah meninggalkan pesawat dan menyerah diri selepas melepaskan semua penumpang dan anak kapal.

"Perampas menyerah diri, kini ditahan dalam tahanan," tulis Muscat di Twitter.




Berita terdahulu:

VALLETTA, Malta: Perdana Menteri Malta, Joseph Muscat berkata seramai 65 penumpang telah meninggalkan pesawat Libya yang dirampas.

Pintu pesawat dibuka pada pukul 1.44 waktu tempatan dan tangga dibawa ke pintu sebelum penumpang mula turun.

Semua yang dibenarkan turun dilihat meninggalkan pesawat itu tanpa membawa bagasi tangan.

Tidak dapat dipastikan berapa ramai yang berada di atas pesawat itu akan dilepaskan oleh kedua-dua suspek yang bertanggungjawab melakukan rampasan.



Pengendali Afriqiyah Airways berkata, terdapat 118 orang di atas kapal, termasuk 111 penumpang.

Sebelum ini dilaporkan bahawa sebuah pesawat yang melakukan penerbangan domestik di Libya telah dirampas dan dialihkan ke Malta telah selamat mendarat di sana pada Jumaat, demikian lapor media Malta.

Pesawat Airbus A320 milik kerajaan itu terbang dari Sebha di selatan-barat Libya ke Tripoli.

Manakala pulau Mediterranean kecil Malta berada kira-kira 500km ke utara pantai Libya.

Kedua-dua individu yang merampas pesawat itu juga dilaporkan mengancam untuk meletupkan kapal terbang berkenaan.
Libya, Afriqiyah Airways, Malta

Artikel Berikut

Artikel Lain