suria

Duta Greece Ke Brazil Dibunuh Kekasih Isteri

Francoise de Souza Oliveira

RIO DE JANEIRO: Duta Greece ke Brazil dibunuh oleh isteri dan kekasihnya yang juga seorang anggota polis.

Pasangan hubungan terlarang itu mengaku melakukan jenayah berkenaan, demikian menurut pegawai polis.

Mangsa, Kyriakos Amiridis, 59, dibunuh pada Isnin oleh pegawai polis bernama Sergio Gomez Moreira, kata Ketua Bahagian Pembunuhan Rio, Evaristo Pontes pada sidang media.

Mayat Amiridis ditemui dalam keadaan rentung pada Khamis di Rio di dalam kereta sewanya yang dibakar - sehari selepas isterinya, Francoise de Souza Oliveira, mengisytiharkan beliau hilang.

Oliveira, 40, dan Moreira, 29, kedua-duanya mengaku mempunyai hubungan sulit, kata polis.

Pasangan itu kini ditahan bersama dengan sepupu Moreira yang berusia 24 tahun iaitu Eduardo Tedeschi yang didakwa turut bersubahat.

Menurut ketua bahagian pembunuhan, Oliveira menafikan melakukan pembunuhan itu namun mengaku dia tahu mengenainya.

Kyriakos Amiridis

Artikel Sebelum

Artikel Lain