suria

Rusuhan Di Penjara Brazil Ragut 60 Nyawa

ANGGOTA keselamatan mengumpulkan mayat banduan yang terbunuh dalam rusuhan di sebuah penjara di Manus pada 2 Januari 2016. - AFP

RIO DE JANEIRO: Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dalam rusuhan penjara di Amazon, Brazil apabila pergaduhan tercetus melibatkan dua kumpulan sindiket dadah  'First Capital Command' dan 'North Family' pada lewat Ahad.

Ketua Penjara Manus, Sergio Fontes berkata, rusuhan yang bermula pada lewat Ahad itu turut menyaksikan sekumpulan banduan berbalas tembakan dengan pihak polis dan menahan 12 pengawal penjara sebagai tebusan.

Selain itu katanya, 74 banduan juga dijadikan sebagai tebusan dan ada di antara mereka dibunuh atau dibebaskan.

"Rusuhan berjaya dikawal kira-kira pukul 7 pagi Isnin dan sejumlah banduan dipercayai meloloskan diri susulan insiden tersebut," katanya.

Sementara itu, akhbar tempatan Em Tempo melaporkan, beberapa mayat banduan turut dilemparkan keluar melepasi dinding penjara dalam rusuhan tersebut.

Satu rakaman video yang disiarkan dalam laman web akhbar tersebut menunjukkan berpuluh-puluh mayat dikumpulkan di dalam kawasan penjara selepas rusuhan itu dikawal.

Jumlah banduan yang lolos masih belum dapat dipastikan dan pihak penjara masih memburu kumpulan yang bertanggungjawab mencetuskan rusuhan itu.


Brazil, Penjara, Sergio Fontes

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain