SEORANG peserta program kuiz terpinga-pinga sambil memberikan reaksi yang menjengkelkan apabila rakan sepasukannya menyebut Paris sebagai sebuah negara. Insiden yang melucukan itu membabitkan pelajar, Sarah dan Mariah dalam program yang disiarkan di saluran BBC One pada Isnin lalu. Soalan yang diajukan kepada Sarah adalah menamakan negara yang diakhiri dengan dua konsonan. Program itu bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada soalan yang samar-samar daripada kajian membabitkan 100 orang, dengan menyasarkan markah kosong. Germany (Jerman), Ireland dan Iceland merupakan antara jawapan yang boleh diberikannya. Bagaimanapun, fikirannya secara tiba-tiba bercelaru dan dia menyebut Paris. Jawapan itu ternyata mengejutkan rakan sepasukannya Mariam selepas Sarah mendedahkan dia membuat A Level dalam geografi. - Mail Online